Header Ads

Anda Berani taip “ががばば” pada kotak carian yahoo anda?

NEGARA Jepun sememangnya terkenal dengan kecanggihan teknologi dan kepesatan dunia inovasi mereka.

Namun, di sebalik arus kemodenan itu mereka masih berpegang teguh kepada tradisi dan kepercayaan tahyul.

Maka, tidak hairanlah mengapa negara matahari terbit tersebut juga mahsyur dengan kisah-kisah seram dan kepercayaan karut-marut.

Malah dalam kepercayaan Shinto yang dianuti majoriti penduduk Jepun, setiap objek sama ada hidup atau tidak mempunyai roh atau semangat mereka sendiri dan akan ‘hidup’ pada bila-bila masa mereka mahu.

Ketaksuban terhadap kepercayaan ini juga menyebabkan masyarakat negara itu benar-benar yakin bahawa objek tidak bernyawa seperti komputer atau televisyen juga mempunyai ‘minda’nya sendiri, seperti yang bakal anda rasai sendiri selepas ini.

Taip “ががばば” pada kotak carian yahoo anda jika anda berani
Ada ‘bran’ taip “ががばば”pada kotak carian yahoo anda? Amaran! Sesuatu akan berlaku

Caranya mudah.

Pertama, buka laman web kotak carian Yahoo versi Jepun, Kemudian, copy text ini: ががばば dan paste pada kotak carian laman web tersebut.

Seterusnya, klik pilihan paling kiri pada pop-up yang tertera di skrin komputer anda.

Kemudian, tunggu dah lihat kerana ‘sesuatu’ yang aneh bakal berlaku.

Oh ya, jika anda sedang memakai earphone, perlahankan nada suaranya sedikit. Jangan cakap abang tak payung!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.