PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pada malam ini, asteroid ‘Spooky’ bersaiz lebar antara 290 hingga 650 meter dijangkan akan bergerak berhampiran dengan Bumi pada kedudukan 1.3 kali ganda jarak ke Bulan, iaitu lebih kurang pada jarak 480,000 km sahaja.

Asteroid ‘Spooky’ Akan Melintasi Bumi Dengan Kelajuan 29 Kali Peluru

Memetik laporan Falak Online, sebelum ini memang banyak asteroid yang melintasi ruang angkasa bumi namun asteroid yang diberi nama 2015 TB145 ini ‘istimewa’ kerana ia akan menjadi asteroid paling besar (saiznya 400 meter) yang akan melintasi pada jarak yang hampir dengan Bumi,

Berdasarkan pemerhatian NASA sebuah lagi asteroid 1999 AN10, yang lebih besar (800 meter) dan akan melintasi lebih hampir ( sama jarak dengan orbit Bulan) pada bulan Ogos 2027 nanti.

Pihak NASA telah mengesan 2015 TB145 mendekati ruang angkasa bumi pada 10 Okt lepas, bergerak pada kelajuan 35km sesaat iaitu 29 kali lebih laju dari sebutir peluru.

Asteroid ‘Spooky’ Akan Lintas Bumi Malam Ini, Bergerak 29 Kali Kelajuan Peluru

Menurut International Astronomical Union (IAU) Minor Planet Center, kali terakhir objek sebesar ini melintasi Bumi ialah pada Julai 2006 lepas, oleh asteroid 2004 XP14.

Asteroid 2015 TB145 ini ditemui menerusi teleskop PanSTARRS-1 (Panoramic Survey Telescope and Rapid Response System) kepunyaan University of Hawaii di Haleakala, Maui.

Asteroid ‘Spooky’ Akan Lintas Bumi Malam Ini, Bergerak 29 Kali Kelajuan Peluru

Jika cuaca mengizinkan, Angkasa melalui Observatori Negara Langkawi (ONL) merancang melakukan pencerapan dan penyelidikan terhadap asteroid itu untuk berkongsi maklumat dengan badan-badan astronomi antarabangsa.

Adakah kita dapat melihat asteroid ‘Spooky’ berkenaan?

Menurut portal Falak Online, pada jam 1.05 pagi adalah waktu terdekat asteroid berkenaan mendekati bumi dan akan bersinar pada magnitud 10 yang amat kelam.

Ia tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar walaupun berada ‘dekat’ dengan bumi, mungkin boleh dilihat dengan Binokular (dari kawasan langit yang gelap) atau boleh dilihat dengan Teleskop yang saiz sederhana.

Untuk pertanyaan lanjut orang ramai boleh menghubungi ONL di talian 04-9668870 atau Planetarium Negara di talian 03-2273 4303 atau layari www.angkasa.gov.my atau laman media sosial Facebook dan Twitter Angkasa Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan fenomena-fenomena dan program Angkasa.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.