PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Anggota polis Israel dikenakan hukuman penjara dan melakukan khidmat masyarakat kerana memukul remaja Amerika Syarikat (AS) berketurunan Palestin ketika pergolakan di bandar ini tahun lalu.

Tariq Khdeir dari Tampa, Florida ke bandar ini ketika berlaku demonstrasi susulan penculikan dan pembunuhan sepupunya yang berusia 16 tahun, Mohammed Abu Khudeir yang disyaki dilakukan tiga warga Israel pada 2 Julai 2014 memetik Mstar.

Polis Israel Pukul Remaja AS-Palestin Dihukum
Balasan Pukul Remaja AS-Palestin: Polis Israel Dihukum Penjara, Khidmat Masyarakat

Video amatur menununjukkan dua anggota polis Israel bertindak memumbuk dan menendangnya. Kejadian ketika Tariq Khdeir berusia 15 tahun itu juga menyebabkan matanya lebam dan bibirnya membengkak.

Polis berkata, Khdeir adalah antara enam peserta demonstrasi yang ditahan, tetapi remaja itu mendakwa dia tidak terlibat.

Israel mendakwa salah seorang anggota polis terlibat di Mahkamah Majistret Jerusalem.

Pada Rabu, mahkamah berkenaan menjatuhkan hukuman khidmat masyarakat selama 45 hari dan penjara empat bulan, kata jurucakap Jabatan Hal Ehwal Polis, Kementerian Kehakiman kepada Reuters.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.