PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang lelaki warga Bangladesh dijatuhi hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah memiliki rokok seludup bernilai RM170.20.

Tertuduh Md Imran Hossen, 25, berasal dari Kalaroa, Bangladesh membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Mohd Azhar Hamzah.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 1.45 petang di sebuah kedai runcit beralamat Taufik Store, Jalan Alor Mengkudu, di sini, pada 21 Oktober lalu memetik Harian Metro.

Lelaki Bangladesh didenda RM5000 kerana rokok seludup

Tertuduh didakwa menyimpan 580 batang rokok putih jenama John 16G, John Black (480), John Limited (440), Surya 20 batang (320) dan rokok kretek jenama Surya 12 batang (120).

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 135 (1) (iii) akta sama.

Prosiding dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah Mohd Ridhauddin Jamaludin, manakala mahkamah memerintahkan tertuduh berdepan lima bulan penjara jika gagal bayar.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.