PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

KUALA LUMPUR – Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan hari ini menyarankan rakyat bangun lebih awal untuk pergi ke tempat kerja jika tidak mahu membayar tol susulan kenaikan kadar baru tol yang berkuatkuasa 15 Oktober lalu.

Datuk Abdul Rahman Dahlan juga mencadangkan rakyat memilih jalan alternatif yang sememangnya disediakan oleh kerajaan bagi pengguna yang mahu mengelak dari membayar tol memetik The Hype Media.

‘Kalau Tak Nak Bayar Tol, Bangun Awal’ - Menteri

“Saya nak tekankan, dimana kita letakkan tol kita mempunyai jalan alternatif, ada jalan alternatif dari point A ke point B tanpa melalui tol. Bila tidak melalui tol dia akan memakan masa dan menghadapi kesesakan lalu lintas dan menghadapi banyak lampu isyarat.

“Jadi dari segi itu kita kena bahagi masa, kalau tak nak bayar tol, kita kena bahagi masa. Bahagi masa untuk sampai ke destinasi kita mungkin kena turun 15 minit lebih awal, 20 minit lebih awal kena bangun,’ katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia di Hotel J.W Marriot, hari ini. 

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional berkata, kerajaan memperkenalkan tol adalah untuk memendekkan perjalanan. Bagaimanapun kerajaan terpaksa membenarkan konsesi menaikkan kadar tol memandangkan kos penyelenggaraan jalan raya semakin meningkat.,

“Kos untuk menyelanggara ini semakin hari semakin meningkat dan kita tahu bahawa tol tidak naik untuk beberapa tahun dan bila dia naik kita berharap rakyat faham kos itu meningkat,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.