PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Rakyat disaran supaya merancang perjalanan dengan bangun lebih awal untuk ke tempat kerja jika tidak mahu membayar tol susulan pengenalan kadar baharu tol yang berkuatkuasa bulan lalu.

Cadangan itu dibuat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau juga mencadangkan rakyat memilih jalan alternatif yang sememangnya disediakan oleh kerajaan bagi pengguna yang mahu mengelak daripada membayar tol memetik Free Malaysia Today.

Menteri saran bangun awal pagi pergi kerja kalau tak mahu bayar tol

“Saya nak tekankan, dimana kita letakkan tol kita mempunyai jalan alternatif, ada jalan alternatif dari point A ke point B tanpa melalui tol. Bila tidak melalui tol dia akan memakan masa dan menghadapi kesesakan lalu lintas dan menghadapi banyak lampu isyarat.

“Jadi dari segi itu kita kena bahagi masa, kalau tak nak bayar tol, kita kena bahagi masa. Bahagi masa untuk sampai ke destinasi kita mungkin kena turun 15 minit lebih awal, 20 minit lebih awal kena bangun,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia di Hotel J.W. Marriot pada Selasa.

Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) berkata, kerajaan memperkenalkan tol adalah untuk memendekkan perjalanan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan terpaksa membenarkan konsesi menaikkan kadar tol memandangkan kos untuk penyelenggaraan lebuh raya semakin meningkat.

“Kos untuk menyelanggara ini semakin hari semakin meningkat dan kita tahu bahawa tol tidak naik untuk beberapa tahun dan bila dia naik kita berharap rakyat faham kos itu meningkat,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.