PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

KEBANYAKAN restoran di Kuala Lumpur kelihatan bersih dari luar tetapi di bahagian dalam, ianya cuma indah khabar dari rupa.

Buktinya, operasi yang dibuat berikutan wabak demam kepialu baru-baru ini menunjukkan bahawa kawasan penyediaan makanan di kebanyakan restoran amat teruk.

Meskipun nampak elok dan cantik di luar, keadaan berubah apabila pergi ke bahagian dalam restoran di mana lipas dan najis tikus ditemui merata-rata memetik Mynewshub.

Awas Restoran Indah di Luar Tapi di Dapur Menjijikkan

Pengarah Kesihatan Timbalan Negeri Kuala Lumpur dan Putrajaya (Kesihatan Awam) Dr Wan Mansor Hamzah berkata, premis yang didapati kotor termasuklah beberapa restoran terkenal.

Ditanya bagaimana rakyat boleh memilih restoran yang bersih, beliau berkata mereka boleh melihat pada gred “A”atau “B” yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan pada restoran yang mereka kunjungi.

Ketua Unit Perundangan Kementerian Kesihatan Ideris Mohamed berkata, antara yang ditemui ialah najis tikus dan lipas merangkak atas bahan dan perkakas dapur.

Tambahnya, penutup saliran juga didapati tidak ditutup dan tikus sewenang-wenangnya keluar dari situ.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.