PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang lelaki berusia 45 tahun nyaris maut akibat ditikam di bahagian leher oleh anak perempuannya di rumah mereka di Taman Desa Bakti, Jinjang pada pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata mangsa ditikam sebanyak dua kali menggunakan pisau pemotong sayur oleh anak gadisnya yang mengalami gangguan mental memetik Mstar.

Detik Cemas Bapa ditikam anak gadis yang masih bersekolah
Bapa hampir maut ditikam anak perempuan yang masih bersekolah

“Polis menerima panggilan pada kira-kira pukul 10.49 pagi berhubung kejadian itu dan mangsa ditikam telah dibawa keluarganya ke Hospital Selayang untuk dirawat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya polis telah menahan suspek berusia 18 tahun terbabit yang masih bersekolah susulan kejadian berkenaan dan dibawa ke Balai Polis Sentul untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.