PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

“Ini benar-benar gila”, itu luahan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen apabila ‘dikenakan’ bayaran tol RM15 hanya untuk perjalanan dari Mont Kiara ke Balakong dan dari USJ 1 ke Petaling Jaya Utara dan kembali ke lokasi asal.

Jumlah itu katanya hanya disedari selepas kad Touch ‘n Go miliknya tertinggal di dalam beg isterinya memetik Sinar Harian.

Gila betul! Bayar tol sehari RM15!

“Saya terpaksa menghadiri tiga majlis penting pagi ini (semalam), jadi saya tiada masa bersenang. Oleh itu saya terpaksa melalui jalan bertol ini. Biasanya saya hanya guna kad  Touch ‘n Go, tetapi  dengan cara itu saya tidak boleh mengesan perbelanjaan tol saya, kerana saya hanya ‘zap’ dan bergerak.

“Apabila saya terpaksa mengambil dompet saya dan membayar, saya mula perasan bagaimana banyaknya duit digunakan untuk membayar tol.

“Kalau dihitung ia mencecah RM15! Satu jumlah yang besar hanya untuk pergi daripada rumah ke tiga lokasi dan pulang semula ke rumah yang mana hanya mengambil masa 3.5 jam,” luah Wong Chen di laman sosial Facebook miliknya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Rahman Dahlan melalui pengalaman itu sebelum memberi saranan yang pelik kepada masyarakat.

“Dengan mengambil kira bahawa purata penduduk di Kuala Lumpur menerima purata gaji sebanyak  RM3,000 sebulan. Bagaimana mereka boleh ‘survive’ hidup jika kos tol sebanyak RM15 sehari iaitu memakan 15 peratus daripada gaji bulanan. Di mana wang yang tinggal untuk membayar petrol, sewa rumah, makanana, bil telefon bimbit dan utiliti?

“Oleh itu Rahman Dahlan perlu mencuba memandu di sekitar kawasan bertol, bayar tunai dan bukannya guna kad  Touch ‘n Go maka dengan cara itu mungkin dia akan berhenti memberi komen yang tidak wajar, seperti sarannnya supaya kita semua perlu bangun awal pagi untuk mengelakkan daripada membayar tol,” ujarnya.

Rahman sebelum ini dikritik hebat netizen berikutan idea ‘bangun awal untuk elak tol’.

Dalam satu sidang media baru-baru ini, beliau dipetik sebagai berkata, penggunaan jalan alternatif adalah satu cara untuk mengelak daripada membayar tol.

Namun pengguna jalan raya perlu bangun awal kerana penggunaan jalan alternatif kebiasaannya akan membuatkan masa perjalanan ke destinasi lebih panjang.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.