PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pasukan polis sedang giat mencari ibu bapa seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di Masjid Baiturrahman, di Rengit, Isnin lalu.

Bayi itu ditemui dalam keadaan dihurung semut oleh bilal masjid kira-kira jam 4.30 pagi, setelah terdengar tangisan di beranda bahagian belakang masjid tersebut.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dilahirkan kurang sehari sebelum diletakkan di situ memetik Sinar Harian.

Bayi malang ditinggal di beranda masjid dihurung semut

“Jemaah (bilal) terbabit ke masjid untuk melaungkan azan Subuh, tetapi terkejut bila terdengar bunyi bayi menangis di bahagian belakang masjid.

“Bila pintu pagar besi di beranda dibuka, dia terlihat seorang bayi diselimutkan dengan tuala dan terus memaklumkan pihak polis.

“Bayi itu dalam keadaan lemah dibawa ke klinik berhampiran untuk diperiksa,” katanya semalam.

Katanya, suspek tidak dapat dikenal pasti kerana kamera litar tertutup (CCTV) masjid terbabit mengalami kerosakan teknikal.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan. Pihak polis sedang giat menjalankan pemeriksaan di klinik berhampiran untuk mengesan suspek,” katanya.

Imam masjid, Mustafa Omar berkata, dia terkejut setelah dimaklumkan tentang kejadian dan percaya bayi itu ditinggalkan selepas solat Isyak.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.