PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Bayi kembar berkepala dua meninggal dunia semalam, kurang seminggu selepas dilahirkan.

Sebelum itu, ribuan penduduk membanjiri kawasan hospital untuk melihat bayi yang dilahirkan dengan dua kepala, dua jantung tetapi mempunyai satu badan selepas berita kelahiran tersebut tersebar minggu lalu memetik Sinar Harian.

Nasib bayi kembar berkepala dua
Bayi kembar dua kepala meninggal dunia.

Kedua bayi tersebut dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kolej Perubatan Dhaka dan dipantau oleh sepasukan pakar khas.

Bagaimanapun, bayi berkenaan meninggal dunia pada lewat Ahad lalu selepas mengalami kegagalan jantung.

Jurucakap hospital, Abid Hossian Molla berkata, bayi berkenaan tidak berada dalam keadaan stabil sejak dilahirkan. Dia meninggal dunia sebelum pihak kami memberi rawatan selanjutnya.

“Bayi kembar berkenaan luar biasa. Dia mempunyai dua tangan, dua kaki sama seperti bayi normal yang lain, namun mempunyai dua jantung, dua pasang paru-paru serta berkongsi organ pelvic,’ katanya dipetik AFP

Sementara itu, bapa kepada bayi itu Jamal Mia berkata, bayinya itu akan dikebumikan di Dhaka.

“Saya berasa sedih kerana tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya,” ujarnya.

Jamal berkata, berita kematian tersebut belum dimaklumkan kepada isterinya yang belum pulih sepenuhnya selepas melahirkan anak melalui pembedahan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.