PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang bayi baharu lahir yang diculik di sini akhirnya berjaya disatukan semula dengan ibu bapanya, demikian menurut polis.

Polis menyelamatkan bayi lelaki berusia 12 hari itu daripada penculik dalam serbuan di sebuah rumah di Pulau Gadong memetik Mstar.

Polis berjaya selamatkan bayi berusia 12 hari yang diculik
Gambar hiasan.

Ketua Polis Melaka, Timbalan Komisioner Datuk Wira Chuah Ghee Lye melahirkan rasa gembira kerana bayi itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dikembalikan kepada keluarganya pada hari yang sama dia diselamatkan.

Chuah dijangka mengadakan sidang media lewat hari ini untuk mendedahkan maklumat lanjut berkaitan kes itu.

Difahamkan tiga suspek wanita ditahan dalam serbuan yang berakhir pada tengah malam Rabu.

Bayi berkenaan hilang selepas seorang wanita tidak dikenali didakwa bertindak membawanya keluar dari rumahnya di Kota Laksamana.

Wanita itu menceroboh masuk ke dalam rumah itu kira-kira pukul 6.30 petang pada hari Selasa dan menculik bayi berkenaan yang berada di dalam buaian di ruang tamu ketika ibunya sedang tidur di dalam bilik.

Pengasuh kanak-kanak iaitu seorang warga asing sedang menyediakan susu ketika kejadian itu berlaku.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.