PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

PELAKON drama, Benjy atau Khaeryll Benjamin Ibrahim dan rakannya Julia Ernie Jamaludin dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebentar tadi daripada dua pertuduhan memiliki dadah jenis Syabu, Mac lalu.

Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor membuat keputusan itu terhadap Benjy, 38, dan Julia Ernie, 27, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes di akhir pendakwaan memetik Sinar Harian.

Benjy bebas tuduhan miliki dadah

Mengikut pertuduhan, Benjy dan Julia Ernie didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine dengan berat bersih 3.01gram dan 1.71 gram  di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur, 5 Mac lalu.

Sementara itu Julia Ernie diarah membela diri daripada  memiliki dadah jenis sama seberat 0.37 gram.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A(1) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM100, 000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.