PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

PENYANYI pop antarabangsa, Justin Bieber, mengecewakan ribuan peminatnya apabila tiba-tiba sahaja membatalkan konsert hanya selepas menyanyikan sebuah lagu.

Bieber, 21, berbuat demikian selepas mendakwa peminatnya “tidak mendengar kata” dalam konsert yang berlangsung di Oslo, Norway pada Khamis.

Punca Justin Bieber batal konsert di Norway

Dalam beberapa video yang dikongsi di laman sosial, Bieber dilihat cuba mengelap air yang tumpah di atas pentas sebelum bertindak meninggalkan pentas.

Dia kemudiannya memuat naik status memohon maaf di laman Instagram miliknya memetik Astro Awani.

A photo posted by Justin Bieber (@justinbieber) on

Sadly it's Been a rough week for me, long days no sleep, while having to be "on" as they would say for cameras fans etc. In no way did I mean to come across mean, but chose to end the show as the people in the front row would not listen. Hopefully people will understand where I am coming from. I don't always handle things the right way but I'm human and I'm working on getting better at responding not reacting. Unfortunately people were affected by this as am I. For the people in the back I am so sorry and for anyone I may have disappointed im sorry. Sorry for wasting the tv people's time I'll be sure to make it up to you next time on tour.. With love Justin. - Justin Bieber

Bieber menjelaskan, dia menghadapi minggu yang sukar dan kemudiannya terpaksa pula berhadapan dengan sekumpulan peminat yang sukar dikawal.

Situasi itu dikatakan memberi tekanan buatnya dan meluahkan rasa kesal kerana mengecewakan peminatnya.

Ia bagaimanapun tidak mampu meredakan rasa marah peminat Bieber yang beranggapan tindakan yang diambil bintang kelahiran Kanada itu sebagai tidak matang dan tidak profesional.

How about i cancel my preorder same way you cancelled your show over a few fans — Chanel #64

did justin bieber actually cancel a show because a fan threw some water on stage?? 😂😂 — 5sos photos☄

I thought I liked you until I saw this lmao, you have no idea what happened you would've acted the same way— صفحة كتاب 

Justin Bieber mempunyai peminat yang sangat ramai di Norway, dengan sebilangan sekolah di negara itu terpaksa mengubah jadual peperiksaan demi memberi peluang kepada pelajar-pelajarnya menghadiri konsert tersebut.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.