PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kita semua tahu bahawa sifat dermawan dan suka bersedekah merupakan satu amalan yang mulia. Siapa sangka bersedekah juga beri manfaat pada kesihatan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Prof. Baris K Yoruk dari Universiti Albany-SUNY New York, Amerika Syarikat, amalan bersedekah mampu mengurangkan stres dan membuatkan tekanan darah menjadi normal.

Bersedekah Mampu Beri Manfaat Kepada Kesihatan Individu dan Hidup Bahagia

Kajian yang dibuat ke atas sekumpulan individu dari tahun 2001 sehingga 2007 itu mendapati, individu yang selalu bersedekah kurang mengalami stres, hipertensi, penyakit sendi artritis dan masalah psikologi berbanding individu yang kurang bersedekah.

“Walaupun perbezaan yang diperoleh tidak begitu besar, namun perbezaan tersebut adalah benar dan kesannya terhadap kesihatan juga adalah terbukti,” kata beliau.

Mereka yang gemar bersedekah bukan sahaja mendapat pahala, malah kesannya dalam menjadikan kesihatan si penderma lebih baik sudah terbukti.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.