PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Tiada permohonan maaf atau komen yang diberikan oleh Datuk M.Nasir, 58, tentang permintaan Bienda yang mahu dia memohon maaf secara terbuka atas tindakannya memberi komen terhadap Sheeda sewaktu konsert mingguan keempat, program Gegar Vaganza, Ahad lalu.

Komposer dan penyanyi popular itu sewaktu dihubungi Utusan Malaysia hari ini berkata, tak ada apa yang nak dikomen dan enggan menjawab sebarang pertanyaan memetik Utusan.

Respon M Nasir isu Bienda tuntut mohon maaf

“Tak ada apa yang saya nak komen. Cukup ya. Terima kasih,” jawabnya ringkas.

Komposer tersohor itu lebih senang mengambil sikap berdiam diri kepada semua pertanyaan pihak media yang menghubunginya sejak semalam.

M.Nasir yang diundang sebagai juri program Gegar Vaganza pada 8 November lalu mendapat perhatian penyanyi Bienda selepas dia memberi komen sebaik sahaja Sheeda selesai mendendangkan lagu ‘Tiada Lagi’ bersama Aweera.

Antara komennya itu ialah: “Putera mencari ‘princess’ tapi rupa-rupanya terjumpa dengan emak ‘princess’ dan satu persembahan yang baik.”

Bienda menganggap komen penyanyi itu sebagai kurang ajar kerana tiada rasa hormat terhadap ibunya yang berusaha menyertai pertandingan tersebut dan memohon M.Nasir membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sheeda.

Malah Sheeda yang tersingkir pada minggu itu juga turut memuat naik statusnya di laman sosial, antara luahan isi hatinya, “Atas semangat untuk memeriahkan lagi industri muzik tanah air.

“Seringkali komen faktor usia menjadi bahan ejekan dan ketawa terbahak-bahak…berjuta-juta rakyat Malaysia menonton melihat maruah saya diperlekeh sebegitu rupa….saya bertanding atas dasar vokal atau umur?.”

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.