PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kuantan: Bomoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini atas dua pertuduhan merogol seorang wanita bulan lalu.

Tertuduh, Makmur Johar, 58, yang juga warga Indonesia bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya memetik Harian Metro.

Bomoh didakwa rogol wanita sebanyak dua kali
Gambar hiasan.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol seorang wanita berusia 20 tahun di sebuah rumah di Sungai Isap Perdana, di sini, antara 11 malam pada 26 Oktober sehingga jam 12.20 tengah malam 27 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh mengulangi perbuatan itu pada 12.15 tengah malam 27 Oktober hingga 1 pagi 28 Oktober lalu di lokasi yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang menperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh dan Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan tarikh 14 Disember depan untuk sebutan semula dan lantikan peguam.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.