PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kita tidak tahu perkara yang hendak jadi di masa depan,  tetapi tidak salah kita cuba untuk beringat dengan mengambil tindakan yang memungkinkan kita terdedah dengan kejadian ini.

Berikut adalah sedikit nasihat dan tips diberikan kepada wanita diluar sana oleh Cik Puan Nurul supaya anda tidak menjadi perhatian manusia-manusia hidung belang ini.

Waspada Dengan Status Anda di Laman Sosial, Anda Mungkin Sasaran Penjenayah

1. KURANGKAN SELFIE

Kita tak tau kalau2 selama ni tiap kali awak post gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Dah lama jatuh cinta dengan awak. Dah lama imagine nak “bersama” awak. Nak jadikan awak milik dia. Jangan kata mustahil, zaman sekarang ni manusia makin gila.

2. JANGAN CHECK IN RUMAH SENDIRI

Tolonglah…. jangan check in alamat sendiri. No.1 jalan 2, taman tas, kuantan. Bila-bila masa orang boleh datang rumah awak.

3. JANGAN UP STATUS TINGGAL SORANG KAT RUMAH

Dah lah check in alamat sendiri, siap bagitau dunia tengah sorang-sorang kat rumah. “Boringnya. My habibi out station lagi. Tinggal dengan anak bulus je. Ada yang nak teman?” Haaa…jap lagi ada yang datang betul-betul baru tau erti penyesalan. Kalau yang jenis tak pernah check in alamat sendiri, pun perlu elakkan bgtau awak tengah keseorangan. Sebab apa? Ada je kawan diluar alam maya yg tau rumah awak & tak semuanya baik.

4. JANGAN POST NO PLAT KERETA

Ye… tau kereta tu atas nama awak. Hasil titik peluh awak. Kalau nak post gambar, at least tutup no plat. Bahaya. Dari no plat je boleh tau semua personal details kita. Kalau info tu dapat kat orang jahat?

5. JANGAN SIBUK NAK CHECK IN SEMUA TEMPAT YANG AWAK PERGI

Sampai pejabat check in, tingkat 73 klcc. Lunch check in, kedai mamak belakang klcc. Habis kerja, pergi jogging check in taman klcc. Nak balik rumah check in jem kat akleh sambil selfie nampak muka cantik & lambang kereta mahal kat stereng. Sampai rumah check in, sampai dah my home sweet home no.38-4-7 kondo mewah, jalan orang kaya, kl.
Bahaya! Bahaya! Bahaya! Nak-nak lagi kalau status tu setting public. Satu dunia boleh tengok.

6. HADKAN APA YANG PERLU DIKONGSI DIFACEBOOK

Baru beli gelang emas lip lap lip lap macam mami jarum, tak payah post kat fb. Dapat bonus rm10k seeloknya jangan up kat fb. Jangan terlalu pamerkan kemewahan & kekayaan awak kat fb. Bukan sebab taknak orang kata riak, itu isu lain. Tapi demi keselamatan awak.
Harap bermanfaat. Semoga kita semua dilindungi dari perkara buruk & kejahatan manusia.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua di mana bukan sahaja wanita, lelaki terutamanya suami pun harus memainkan peranan demi keselamatan insan tersayang.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.