PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Bidor: Seorang lelaki Indonesia dibunuh sepupunya selepas mangsa dipercayai membuat hubungan sulit dengan isteri suspek di kawasan ladang buah Coldstrem, di sini.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, dalam kejadian kira- kira jam 4.30 petang itu pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai pergaduhan di kawasan berkenaan hingga menyebabkan seorang mangsa cedera parah memetik Harian Metro.

Bunuh sepupu kerana berhubungan sulit dengan isteri

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Johanes Ullu berusia 37 tahun, maut di tempat kejadian dipercayai ditetak serta dikelar di leher dengan parang.

Katanya, suspek berusia 31 tahun melarikan diri manakala isterinya yang turut berada di lokasi kejadian turut melarikan diri selepas melihat kejadian itu.

"Suspek kemudian ditangkap seorang lelaki selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan dan menyerahkannya kepada polis di Pondok Polis Coldstream. Siasatan awal mendapati pergaduhan disebabkan mangsa dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan isteri suspek.

"Suspek akan direman esok di Mahkamah Majisret Tapah dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.