PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Dikala harga rumah menjadi semakin mahal, rumah-rumah kecil menjadi pilihan sesetengah rakyat Malaysia untuk dijadikan tempat berteduh.

Walaupun terikat dengan saiznya yang kecil, tidak semestinya rumah tersebut akan terus menjadi kecil sekiranya ia disusun & dimekap dengan baik.

Jadi, apakah trik untuk menjadikan ruang sempit kelihatan luas? Menerusi Siakapkeli, kami kongsikan beberapa trik untuk menjadikan rumah/bilik anda nampak lebih luas dan sejuk mata memandang.

12 tips jadikan bilik atau rumah sempit lebih luas

1. Cahaya!Cahaya!Cahaya!

Cara jadikan ruang sempit bilik atau rumah anda lebih luas

Perkara yang paling penting bagi menampakkan satu-satu ruang itu lebih luas adalah dengan memastikan cahaya masuk ke dalam ruang tersebut.

2. Gunakan cat berwarna terang pada lantai dan dinding

Cara jadikan ruang sempit bilik atau rumah anda lebih luas

Secara psikologinya, warna terang boleh membuatkan fikiran kita menjadi lapang dan ‘luas’. Penggunaan warna gelap akan menjadikan rumah/bilik anda menjadi kecil kerana warna-warna gelap sifatnya menyerap cahaya.

3. Jarakkan perabot dari dinding supaya kawasan kelihatan lebih ‘spacius’

Cara jadikan ruang sempit bilik atau rumah anda lebih luas

Merapatkan perabot ke arah dinding akan membuatkan keseluruhan ruang seolah-olah sesak. Dengan menjarakkan perabot beberapa inci dari dinding, bilik/rumah anda akan kelihatan lebih terbuka dan besar.

4. Gantung rak berhampiran siling 

Cara jadikan ruang sempit bilik atau rumah anda lebih luas

Dengan cara ini, mata anda atau tetamu secara automatik akan tertumpu ke bahagian atas sekaligus membuatkan ruang tersebut kelihatan lebih besar.

5. Gunakan satu perabot yang boleh memenuhkan ruang

Cara jadikan ruang sempit bilik atau rumah anda lebih luas

Di dalam bilik yang kecil, gunakan satu perabot yang besar; sebagai contoh, satu sofa yang besar; supaya bilik tersebut tidak kelihatan seperti padat seperti sardin dalam tin.

6. Gunakan karpet berbelang 

Cara jadikan ruang sempit bilik atau rumah anda lebih luas

Sama seperti konsep baju berbelang, penggunaan karpet / tikar berbelang akan membuatkan ruang di dalam bilik akan menjadi lebih panjang dari biasa.

7. Letakkan dinding/tirai lut sinar di bilik air

Cara jadikan ruang sempit bilik atau rumah anda lebih luas

Teknik ini biasa kita lihat di hotel-hotel atau rumah-rumah studio yang moden. Penggunaan dinding/tirai lutsinar akan membuat ruang kelihatan lebih besar walaupun sebenarnya terdapat ‘partition’ di dalam bilik air.

8. Jangan tutup tingkap dengan langsir supaya dinding kelihatan lebih luas

Cara jadikan ruang sempit bilik atau rumah anda lebih luas

9. Gunakan cermin untuk membuat ‘ruang ilusi’

Cara jadikan ruang sempit bilik atau rumah anda lebih luas

Penggunaan cermin boleh menambahkan ruang ‘ekstra’ di dalam bilik/rumah anda. Kebiasannya, cermin akan diletakkan di dinding berhampiran meja makan supaya ruang ‘ekstra’ itu kelihatan seolah-olah wujud.

10. Gunakan perabot berkaki

Cara jadikan ruang sempit bilik atau rumah anda lebih luas

Sekiranya anda mempunyai pilihan untuk memilih antara perabot berkaki/tidak berkaki, pilihlah perabot berkaki kerana ia membuatkan ruang yang sempit kelihatan lebih luas.

11.  Cat/tampal walpaper di siling supaya nampak lebih tinggi

Cara jadikan ruang sempit bilik atau rumah anda lebih luas

12. Manfaatkan perabot yang mempunyai ruang simpanan ‘tersorok’

Cara jadikan ruang sempit bilik atau rumah anda lebih luas

Maksimunkan penggunaan perabot yang mempunyai ruang simpanan tersorok. Barang-barang yang kecil boleh disimpan di dalam ruang itu supaya bilik anda kelihatan lebih kemas dan tersusun, sekaligus membuatkan bilik anda menjadi lebih besar.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.