PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Anda mencari tutorial mudah menggayakan selendang dengan cara yang kreatif?

Apa kata anda cuba sesuatu yang baru untuk digayakan dengan selendang harian anda supaya ia tidak kelihatan bosan seperti hari-hari biasa!

Tutorial selendang ini adalah sesuai digayakan untuk setiap ketika. Plain shawl sangat disyorkan untuk digayakan seperti ini kerana akan tampak lebih menarik dan stylish.

Menerusi Zolace.com, kami kongsikan gaya ini yang sesuai untuk golongan wanita yang ingin berketerampilan elegan dalam selendang. Mari mulakan!

Tutorial Selendang Gaya Ringkas dan Cantik

Cara Pakai Selendang Gaya Ringkas & Cantik

Barang-barang yang diperlukan adalah seperti berikut:

Sehelai selendang (panjang dan keleberan mengikut kesesuaian pemakai)
4 biji kerongsang (1 besar dan 3 kecil)
5 pin jarum atau lebih

Langkah pertama:

Cara Pakai Selendang Gaya Ringkas dan Cantik

Pakai skaf terlebih dahulu kerana untuk mengekalkan kedudukan selendang daripada bergerak ketika pemakaian. Tidak mengapa jika anda tidak mahu mengenakan skaf kerana ini mengikut keselesaan seseorang individu.
Bahagikan selendang kepada dua bahagian. Salah satu bahagian, lebarnya hendaklah melebihi separuh daripada bahagian yang satu lagi.
Putarkan bahagian yang lebar dahulu untuk jadikan ia berpintal/berpulas. Selepas itu, ambil bahagian belakang dan lakukan yang sama.
Guna satu kerongsang yang kecil dan pin dibawah dagu anda.

Langkah ke-2:

Cara Pakai Selendang Gaya Ringkas dan Cantik

Ambil pula bahagian yang pendek dan pin pada bahagian panjang selendang dibawah bahu.
Contoh: jika anda pilih selendang yang panjang disebelah kanan dan bahagian pendek di sebelah kiri, pinkan bahagian pendek selendang di bahu kanan anda.

Pin dengan menggunakan kerongsang dan sesuaikan kepanjangan mengikut kemudahan anda.
Jika kepanjangan selendang terlalu pendek dan anda mahu menjadikan ia lebih panjang, sila rujuk “Langkah pertama”, pastikan anda tambah kepanjangan pada bahagian yang pendek untuk jadikan ia panjang ketika anda mengenekan pin.

Langkah ke-3:

Cara Pakai Selendang Gaya Ringkas dan Cantik

Sekarang, ambil selendang yang panjang yang telah anda putarkan.
Ambil bahagian dimana yang anda masih belum pin dibawah dagu dan pinkan ia menggunakan pin jarum supaya menampakkan ia lebih beralun.

Langkah ke-4:

Cara Pakai Selendang Gaya Ringkas dan Cantik

Sekarang ambil bahagian selendang yang telah dipin dibawah dagu dan tarik keatas menuju ke bahagian pendek selendang.
Ini akan menyebabkan selendang anda berkedudukan disebelah pipi. Jangan pin selendang terlebih dahulu. (selendang akan berlapis)

Langkah ke-5:

Cara Pakai Selendang Gaya Ringkas dan Cantik

Tarik selendang anda dengan perlahan dan letak dibahagian kepala sehingga sampai ke bahagian asal iaitu bahagian yang panjang itu tadi.
Kemudian pin menggunakan kerongsang dibahagian tepi garisan pipi.
Langkah ini akan menghalang selendang daripada bergerak atau terangkat ketika angin bertiup atau semasa berjalan.
Untuk menampakkan gaya elegan tersebut, anda perlu menggunakan kerongsang yang besar pada bahagian ini.

Langkah ke-6:

Cara Pakai Selendang Gaya Ringkas dan Cantik

Pada ketika ini, bahagian panjang selendang akan lebih seimbang.
Sebelum kita imbangkan ia, mari kita kemaskan sedikit bahagian depan yang panjang.
Apabila anda sudah berpuas hati dan selesa, pin kedua-dua pada bahu. Anda boleh menggunakan kerongsang yang menyerlah untuk nampak menarik pada bahagian ini. Pada bahagian inilah yang menampakkan selendang anda bergaya.
JANGAN sesekali letak kerongsang yang besar pada bahu jika anda telah memilih untuk meletakkannya pada “Langkah ke-5”. Ini akan menyebabkan gaya anda menjadi pelik.
Jadi, tips untuk masalah ini adalah dengan memilih satu sahaja kerongsang yang besar untuk diletakkan pada bahagian samada kepala atau bahu. Pilihlah kerongsang yang sesuai dengan warna selendang untuk mengelakkan gaya menjadi pudar.

Langkah ke-7:

Cara Pakai Selendang Gaya Ringkas dan Cantik

Ambil bahagian hujung selendang daripada “Langkah ke-5” dan bawa ke bahagian belakang.
Pin pada bahagian belakang kepala anda dan laraskan kepanjangan selendang tersebut. Ini kerana untuk menampakkan selendang yang dipakai lebih beralun ketika dilihat.
Selesai sudah bagi cara-cara pemakaian selendang hijab gaya ringkas dan funky.

Ada pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk digayakan dengan selendang ini. Contohnya, anda boleh memakai rantai yang menarik untuk dihiasi pada bahagian depan selendang. Ini akan lagi menyerlahkan gaya berhijab anda dan akan tampak lebih funky dan moden yang sesuai pada era kini.

Jangan takut dan malu untuk mencuba sesuatu yang baru. Seperti kata pepatah

“A woman can be over dressed but never over elegant.-COCO CHANEL”

Jadi, ini dia tutorial ringkas yang mengambil masa dalam lebih kurang 20-minit ke 30-minit jika betul-betul mahir dalam gaya ini.

Video Tutorial Cara Pakai Selendang yang Mungkin Anda Minati:


Nak cari selendang dan tudung harga murah dan berkualiti?

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.