PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Aktor Hollywood Charlie Sheen yang menggemparkan industri hiburan selepas mendedahkan dirinya menghidap HIV positif berkata dia telah membayar lebih AS$10 juta untuk merahsiakan maklumat tersebut.

Sheen, 50 dalam satu temuramah program NBC, ‘Today’ mendedahkan beliau telah dipaksa untuk mendedahkan perkara itu selepas diperas ugut dan menolak dakwaan laporan akhbar tabloid dan dikhuatiri membahayakan kerana dia didakwa mampu menjangkiti individu lain memetik Astro Awani.

Akhirnya Charlie Sheen kantoi menghidap HIV
Charlie Sheen bayar AS$10juta untuk ‘tutup mulut’ pihak tertentu tentang hidap HIV

“Ini harus dihentikan … segala penipuan dan serangan ini membahayakan,” kata Sheen, yang sinonim dengan siri sitkom TV, ‘Two and Half Men’.

“Saya berada di sini untuk membuat pengakuan yang saya menghidap HIV positif, katanya sambil menambah dia tidak sepenuhnya pasti bagaimana dia dijangkiti.

Charlie Sheen berkata dia dipaksa membayar lebih AS$10 juta dalam masa terdekat ini kepada pemeras ugut untuk memastikan mereka menutup mulut.

Aktor yang pernah mengalami keruntuhan rumahtangga sebanyak tiga kali dan pernah mendampingi beberapa aktres porno, berkata adalah ‘mustahil’ dia dijangkiti kerana sering mengamalkan seks selamat.

Namun, bekas aktres porno Bree Olson, salah seorang teman yang pernah menetap bersama Sheen tidak lama dahulu berkata Selasa, aktor itu tidak pernah mendedahkan tentang keadaan kesihatannya.

“Dia tidak pernah memberitahu saya tentang penyakit itu. “Saya sihat,” katanya kepada saya.  “Saya sihat. Saya sihat,” kata Olson kepada Howard Stern dalam satu temuramah radio Selasa. Olson yang telah menjalani pemeriksaan HIV dan disahkan negatif.

Jurucakap Sheen tidak memberi apa-apa komen mengenai kenyataan Olson.

Dalam perkembangan lain, Sheen dilaporkan telah memaklumkan bekas isterinya Brooke Mueller dan Denise Richards tentang keadaanya sejurus selepas disahkan HIV positif. Mueller dan Richards masing-masing mengeluarkan kenyataan yang senada: diri mereka dan keempat-empat anak hasil perkongsian hidup dengan Sheen tidak menghidap HIV.

Charlie Sheen memberitahu dia mula didiagnosis mengidap penyakit berkenaan sekitar empat tahun lalu dan dalam tempoh itu dia cuba menyembunyikan hakikat itu daripada mata umum dan pihak media.

Bagaimanapun sehinggalah menerusi laman Radar Online yang menulis berita mengenai seorang aktor terkenal Hollywood positif HIV bertebaran, Sheen akhirnya bangkit mendedahkan kebenaran yang cukup pahit itu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.