PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Semalam baru sahaja berlangsung sambutan hari lahir pertama buat puteri kesayangan Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana dengan penuh meriah. Selain itu, Che Ta juga telah memberikan hadiah yang sangat bermakna buat anaknya itu.

Selepas pernah menghadiahkan anak sulung­nya, Ammar Effendy, 19, sebuah kereta BMW tahun lalu, kali ini Che Ta telah bermurah hati untuk menghadiahkan seutas rantai leher bertatahkan berlian buat puteri bongsunya itu namun dia enggan mengulas lanjut mengenai harga rantai leher tersebut.

Aaisyah Dapat Rantai Leher Berlian Hadiah Che Ta, Zain Saidin

“Untuk ulang tahun kelahiran Aaisyah yang pertama, saya dan Zain hanya menghadiahkan seutas rantai leher bertatahkan berlian kepadany,” jelas Che Ta. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak tiada tolok bandingnya, begitu jugalah dengan apa yang ingin disampaikan oleh Che Ta.

Selain itu, menurut laporan daripada akhbar Kosmo!, Che Ta tidak mahu mendedahkan jumlah sebenar rantai leher tersebut adalah kerana tidak mahu menunjuk-nunjuk. Apa-apa pun, perkara ini pastinya akan mendapat perhatian peminat setia keluarga ini. Semoga semuanya baik-baik belaka.

Che Ta, Zain Saidin Hadiah Rantai Leher Berlian Untuk Aaisyah Sempena Hari Lahir Pertama

Che Ta, Zain Saidin Hadiah Rantai Leher Berlian Untuk Aaisyah Sempena Hari Lahir Pertama

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.