PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pasangan yang dah berkahwin mesti nak sangat ada anak kan? Yela siapa je yang taknak anak.

Anak ni satu anugerah yang sangat terindah buat ibu bapa. Dah tentu lah ibu bapa pun sanggup buat apa sahaja yang terbaik untuk anak mereka lebih-lebih lagi seawal usia bayi yang baru lahir dari kandungan, darah daging sendirikan.

Luahan seorang ayah sebelum pemergian anak yang baru 111 hari
Come on Sara, jangan give up ok! – Luahan seorang ayah sebelum pemergian anak yang baru 111 hari

Tapi tak semua ibu bapa akan sentiasa rasa saat indah sebab ada je antara mereka diuji oleh Allah S.W.T tahap keimanan mereka dengan pemberian anak yang kurang bernasib baik. Ada yang mempunyai anak yang tidak cukup sifat, menghidapi penyakit kronik dan pelbagai lagi, tapi kalau kita lihat di media sosial ni, nampak sangat mereka kuat, cari duit untuk sembuhkan penyakit dan saling bantu membantu untuk mereka yang juga senasib. 

"Come on Sara, jangan give up ok!"

Kali ini, kami nak kongsikan satu status panjang di FB mengenai cerita dan luahan hati seorang bapa yang terpaksa merelakan buah hati kecil dia untuk bertemu Maha Esa. Cerita ini ditulis oleh Encik Shafiq Kekelip di akaun FB nya sendiri yang hanya sempat bersama dengan puteri kesayangannya untuk 111 hari sahaja. 3 bulan berulang alik ke NICU untuk tengok anak nya yang dipenuhi dengan wayar dan mesin sehinggalah terpaksa membuat keputusan yang sangat berat! 

Jom kita baca apa status yang dimuat naik oleh tuan punya badan.

Besar sungguh dugaan Encik Shafiq dan isteri. Kami di Suria FM harap agar Encik Shafiq dan isteri akan terus kuat dan terima pemergian puteri mereka dengan rela. Al-fatihah. Salam takziah untuk keluarga Encik Shafiq.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.