PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Siapa tidak kenal Datuk Aliff Syukri yang terkenal dengan hashtag "Terlajak Laris" sehingga beliau kini dipanggil Datuk Terlajak Laris.

Sebagai usahawan yang berjaya dan ikon selebriti yang disegani, Datuk Aliff Syukri sering berkongsi tips dan panduan untuk semua. Tidak hairanlah kenapa beliau juga memiliki ramai penyokong dan peminat yang dahagakan perkongsian dari beliau.

Terbaharu, Datuk Aliff Syukri dan isteri telah berkongsikan rahsia beliau mendidik anak. Percaya atau tidak? Walaupun bergelar jutawan, begitu banyak perbezaan cara beliau mendidik anak dengan ibu bapa masa kini.

Tulisan ini dipetik menerusi Zah Efa yang menarik minat ramai netizen dan kini mencecah ribuan perkongsian.

Rahsia Datuk Aliff Syukri dan Datin Mendidik Anak-Anak Didedah

Apa yang menarik dengan kehidupan Dato terlajak laris dan Datin yang dikongsikan?

1. Dato dan datin tidak pernah bagi handpone, tab, gajet-gajet kepada anak-anak. Jadual anak-anak penuh dengan masa belajar bahasa cina, india, english, mengaji dan lain-lain. Masa lebih yang ada akan diluangkan bersama keluarga.

2. Anak-anak dibolehkan tengok Tv hanya pada Hari Sabtu dan 2 jam sahaja.

3. Setiap kali makan di rumah akan makan bersama-sama duduk di lantai (bentang tikar), senang suap menyuap. Meja hanya sebagai syarat ada dalam rumah (kadang-kadang orang guna untuk berlakon).

4. Dato pergi kerja bawa bekal dan wajib untuk anak-anak bawa bekal juga. Isteri yang masak, bibik hanya membantu. Sebab Dato percaya air tangan seorang ibu kepada anak-anak dan isteri sangat-sangat bagus.

5. Anak-anak sekolah swasta. Dato hanya bagi duit belanja RM2 kalau nk beli aiskrim/apa-apa. Sedangkan ibu bapa kepada kawan-kawan anak-anaknya bagi rm10 sehari.

6. Dato akan bawa anak-anak ke rumah anak yatim 2 bulan sekali untuk anak-anak tidur sana dan rasai sama-sama kehidupan susah senang anak-anak yatim yang tiada ibu bapa dan tengok sendiri perasaan mereka bila terima sumbangan.

Datuk Terlajak Laris dan Isteri Kongsi Rahsia Mendidik Anak

7. Dato akan pastikn anak-anak tahu rasa susahnya nak cari duit. Latih anak-anak alami sendiri. Bila anak-anak dah besar, kalau nak kereta kena rasa dulu jadi pekerja stor dan ujian-ujian dari Dato.

8. Masalah bila anak-anak berkumpul dengan sepupu-sepupu mereka atau bila berada dalam family besar ialah mereka akan persoalkan takda mainan itu ini, takda gajet. Sebab Dato tak nak train anak dengan kemewahan da mudahnya kalau nak dapat sesuatu.

9. Dato percaya, anak-anak yang berkualiti, bagus datangnya dari didikan ibu bapa. Ibu bapa yang pertama dalam kehidupan anak-anak. Guru-guru sekolah itu yang kedua. Bukan kita suruh guru-guru 100% didik anak kita. Kita cuma usaha sekolahkan anak-anak dengan bagus.

10. Datin percaya setiap anak-anak ada kelebihan dan kekurangan. Jadi jangan pilih kasih pada anak-anak.

Jom kita ambil yang baik-baik sebagai contoh berguna untuk diamalkan dalam kehidupan bersama keluarga. Moga suatu hari nanti dapat berMentor kan Dato dan Datin. Hehe!

*Perkongsian dari Dato dan Datin dalam Wanita Hari Ini 17/11/2015.

(Baca: Gaya selebriti di Malam Gala Fantasi anjuran Datuk Aliff Syukri Terlajak Laris)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.