PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) menawarkan diskaun tol 10 peratus sempena sambutan Deepavali pada 10 November mulai jam 12.01 pagi hingga 12 tengah malam.

Bahagian Tol IJM dalam satu kenyataan hari ini menasihatkan pengguna menghala ke selatan menggunakan Lebuhraya LEKAS dan yang menghala ke timur menggunakan Sambungan Timur baharu BESRAYA dari Salak Selatan atau Jalan Istana ke MRR2 menerusi Plaza Tol Loke Yew.

Lebuhraya Maju (MEX) akan juga menawarkan diskaun 10 peratus, dari 12 pagi hingga 11.59 malam, menurut kenyataan Maju Expressway Sdn Bhd (MESB) memetik Bernama.

Diskaun tol sempena sambutan Deepavali 2015

Beberapa lebuh raya di Lembah Klang dan Pulau Pinang menawarkan diskaun tol sempena Deepavali.

Butiran lanjut mengenai diskaun dan maklumat trafik, orang ramai boleh mengikuti Twitter di @BESRAYAtrafik, @NPEtrafik, @LEKAStrafik dan

MEXTraffic.

Di GEORGE TOWN, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) menawarkan diskaun tol 15 peratus kepada semua pengguna kenderaan Kelas 1 di Plaza Tol Sungai Nyior.

Pengurus Besar (Operasi) LLB Adnan Ariffin berkata diskaun sebanyak 20 sen itu bermula 12.01 pagi hingga 11.59 malam pada 10 November.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.