PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Gara-gara dituduh curi telefon bimbit milik rakan, seorang pelajar sekolah agama swasta di Pokok Sena, kedah mengelami pendarahan usus dan buang pinggang cedera selepas dipukul lima rakannya awal pagi semalam.

Pelajar berkenaan, Mohd Irfan Azizan, 13, telah dipukul rakan-rakannya berusia 14 hingga 18 tahun pada jam tiga pagi dimana mangsa telah ditumbuk dan disepak di seluruh badan.

Bapa mangsa, Azizan A Aziz, 40, berkata, beliau hanya mengetahui kejadian berkenaan 3 jam selepas kejadian apabila dihubungi oleh salah seorang lima pelajar yang memukul mangsa bagi meminta ganti rugi selain memaklumkan memukul anaknya.

Pelajar cedera teruk dibelasah akibat tuduhan mencuri handphone
Dituduh curi telefon, usus dan buah pinggang pelajar cedera selepas dibelasah rakan

Kerana khuatir kejadian buruk menimpa anaknya itu, beliau segera menghubungi pihak sekolah yang kemudian memeriksa keadaan anaknya di asrama.

“Saya dimaklumkan pihak sekolah, rakan anak memberitahu Mohd Irfan sedang tidur kerana demam menyebabkan saya sendiri pergi ke sekolah kira-kira 10 pagi untuk memeriksa keadaannya.

“Saya terkejut melihat keadaannya yang lemah dan tidak berdaya untuk bangun menyebabkan hati ini bertambah risau.

“Dia (Mohd Irfan) juga mengadu sakit kepala dan dada selain muntah beberapa kali menyebabkan saya segera membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

“Pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa mengalami lebam di dada, muka, belakang badan dan sakit di bahagian pinggang,” katanya dipetik laporan Harian Metro.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan polis akan menahan kelima-lima suspek bagi membantu siasatan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.