PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Apabila mendapat tahu ada kewujudan bendasing berwarna merah keputih-putihan di muka, keinginan untuk membuangnya melonjak ke paras tertinggi.

Bukan sahaja ia mencacatkan wajah, jerawat juga menyebabkan perasaan kurang senang.

Pelbagai cara yang digunakan untuk membuang jerawat di muka. Antara cara yang paling ‘common’ adalah dengan memicitnya keluar. Jika kena yang degil, tenaga ekstra terpaksa digunakan sehingga menyebabkan kulit-kulit yang tidak bersalah turut terkena tempias.

Cara yang betul pecahkan jerawat

Dr. Mehmet Oz menawarkan cara yang betul untuk memecahkan jerawat dari muka. Dengan cara ini, peratusan untuk mendapat parut kurang jika dibandingkan dengan cara memicit. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan risiko jangkitan.

Menurut Dr. Oz, sekiranya jerawat dipicit, ia akan menyebabkan kulit-kulit yang masih sihat (disekitar jerawat) rosak dan ini akan menyebabkan ia terdedah kepada lembapan luar.

Untuk tujuan demonstrasi, Dr Mehmet Oz menggunakan satu model jerawat yang besar. Secara asasnya, teknik yang ditunjukkan adalah dengan mencucuk jerawat itu dengan jarum dari sisi tepi.

Dr Oz berkata teknik ini tidak menyakitkan kerana kulit yang berjerawat sudah mati.

1 – Ambil jarum yang sudah dicuci dengan spirit atau alkohol.

Doktor kongsi teknik yang betul untuk pecahkan jerawat

2 – Cucuk jerawat itu pada bahagian yang putih sahaja (yang bernanah) supaya tidak terkena bahagian kulit yang masih sihat.

Doktor kongsi teknik yang betul untuk pecahkan jerawat

3 – Tarik jarum itu keatas dan bawah supaya jerawat itu terkoyak.

Doktor kongsi teknik yang betul untuk pecahkan jerawat

4 – Keluarkan nanah dari jerawat.

Doktor kongsi teknik yang betul untuk pecahkan jerawat

5 – Setelah selesai, tarik keluar jarum itu dan bersihkan nanah-nanah itu dengan dengan kapas serta jangan lupa bersihkan bekas jerawat itu dengan cecair anti-septik supaya bakteria tidak merebak.

Doktor kongsi teknik yang betul untuk pecahkan jerawat

Tonton video teknik yang betul pecahkan jerawat:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.