PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Doktor di hospital Mahamodera di sini berjaya menjalankan pembedahan membuang janin kembar dari mulut seorang bayi perempuan baru lahir kelmarin.

Menurut portal berita Hiru Gossip, bayi itu dilahirkan seorang wanita pada 26 Oktober lalu.

Janin kembar dalam mulut seorang bayi baru lahir
ANIN yang dikeluarkan dari mulut bayi berkenaan. Gambar kanan, kanak-kanak itu sebelum dan selepas pembedahan.

Sewaktu pemeriksaan dijalankan, doktor mendapati sesuatu yang pelik pada muka bayi berkenaan dan mengesyaki ia ketumbuhan menyebabkan wanita itu perlu menjalani Caesarean.

Sebaik bayi itu dilahirkan, doktor memberitahu mulutnya terbuka luas dan mengalami sesak nafas serta tidak boleh menyusu.

Ketika pembedahan selama 90 minit dijalankan tiga hari kemudian, ketumbuhan itu dibuang dari mulut bayi itu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.