PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu diberitahu bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menemui tiga keping gambar dengan kapsyen “Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh…fragrant, delicious and appetising) dalam komputer riba milik blogger kontroversi, Alvin Tan.

Bekas Penolong Pengarah Bahagian Digital Forensik Analisis SKMM Hafizullah Fikrie Rahman berkata ketiga-tiga gambar yang dijumpai pada 11 Julai 2013 adalah gambar sebelum dan selepas disunting berserta kapsyen.

Beliau turut menemui sekeping lagi gambar sama tetapi telah disunting berserta kapsyen baharu iaitu ‘Ampunkanlah kami’, ‘Selamat berbuka puasa dengan rendang ayam’ pada keesokannya memetik Astro Awani.

Saksi dedah 4 keping gambar bukti ditemui dalam laptop Alvin Tan
Empat keping gambar bukti ditemui dalam komputer riba Alvin Tan – Saksi

Hasil analisis mendapati gambar-gambar itu dimuat naik ke akaun Facebook Tan, yang hanya boleh diakses olehnya kerana dia merupakan pemilik akaun itu.

Hafizullah merupakan saksi ke-10 dalam perbicaraan kes Alvin Tan atau Tan Jye Yee dan bekas teman wanitanya Vivian Lee atau Lee May Ling yang didakwa menyiarkan gambar mereka sedang menikmati hidangan dengan kapsyen bertajuk ‘Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh…fragrant, delicious and appetising)’ dan mengandungi logo halal di laman Facebook mereka.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu pada 9 pagi 12 Julai 2013 mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan.

Mereka turut didakwa terhadap pertuduhan menyiarkan gambar pornografi dalam laman Facebook sama mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 antara 9 malam 6 Julai 2013 dan 2 pagi 7 Julai 2013.

Pada prosiding perbicaraan kes itu yang masuk hari ketiga, hanya Lee yang hadir manakala Tan telah melarikan diri ke luar negara.

Hafizullah dalam keterangannya berkata beliau juga menjumpai satu klip video permohonan maaf pasangan itu atas kesilapan yang dilakukan terhadap rakyat Malaysia terutamanya umat Islam.

Saksi itu kemudian menayangkan klip video itu pada skrin putih selama tiga minit kepada mahkamah.

Perbicaraan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud bersambung esok.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.