PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pengurus Floyd Mayweather mengesahkan peninju bintang itu mengumumkan persaraan selaku juara yang tidak ditewaskan.

Untuk membuktikan persaraannya Mayweather membeli sebuah kereta berprestasi tinggi Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse berharga USD3.5 juta (RM14.9 juta) memetik Harian Metro.

Floyd Mayweather Sah Bersara, Beli Bugatti Veyron
Ellerbe mengesahkan Mayweather bersara dan peninju terbabit menayangkan kereta Bugatti baru dibelinya.

Pengumuman dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mayweather Promotions Leonard Ellerbe sekaligus menamatkan spekulasi peninju tidak pernah tewas itu kembali ke gelanggang pertarungan semula.

Mayweather memiliki rekod karier 49 kemenangan.

“Dia (Mayweather) tidak membuat penampilan semula dan menolak dakwaan Manny Pacquiao atau Amir Khan akan bertarung dengannya,” katanya.

Ellerbe membuat dakwaan menerusi Twitter: ‘Floyd Mayweather is RETIRED, end of discussion.’ (Floyd Mayweather sudah bersara, tamat perbincangan).

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.