PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sepasang suami isteri, Asmat@Mohd Azmi Abdullah, 46 dan Samsiah Abdullah, 36 resah memikirkan keadaan anak gadis mereka, Siti Nur Hafiza,15 yang tidak pulang ke rumah dan gagal dikesan sejak Selasa lalu.

Remaja tidak bersekolah itu dilaporkan meninggalkan rumah keluarganya di kampung Gong Pasir, di sini  kira-kira jam 6.40 petang dalam keadaan sehelai sepinggang.

Samsiah berkata, sebelum keluar rumah, anak kedua daripada lima beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik, malah dia dan ahli keluarga lain tidak mempunyai sebarang masalah atau bergaduh dengannya.

Menurutnya, disebabkan terlalu risau  tentang keadaan dan keselamatan Hafiza, dia dan suami tidak dapat melelapkan mata serta urusan harian lain turut terganggu memetik Sinar Harian.

Punca Gadis 15 tahun Nur Hafiza hilang
Hafiza yang dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Gong Pasir.

“Sebelum keluar rumah dia tidak memberitahu apa-apa kepada kami sekeluarga tetapi saya tidak fikir perkara bukan-bukan kerana dia hanya pergi dengan sehelai sepinggang dan tidak membawa telefon bimbit.

“Kami mulai risau apabila dia tidak pulang ke rumah selepas beberapa jam sehinggalah ke hari ini.

“Sebelum ini dia pernah menghilangkan diri dan pergi ke rumah rakannya selama sehari tetapi pulang sendiri.

“Kami sudah mencari serata tempat dan di semua rumah rakan-rakannya tetapi hampa.

“Hidup kami agak kelam kabut dan huru-hara kerana memikirkannya kerana sebelum ini memang kami tidak akan membiarkannya berkeliaran di luar tanpa hala tuju.

“Bapanya tidak boleh tidur dan tak lalu makan kerana terlalu risau tentangnya, lebih-lebih lagi hubungan mereka sangat rapat,”katanya kepada Sinar Harian.

“Kami suami isteri merayu dia pulang ke rumah secepat mungkin sekiranya terbaca tentang berita ini kerana kami betul-betul risau tentang keselamatannya.

“Walau apa keadaan, kami tetap menerimanya dan segala masalah boleh dibincang secara baik di rumah,” katanya lagi.

Samsiah tidak menolak kemungkinan kehilangan remaja itu berpunca daripada sikapnya yang terlalu mengongkong kehendak dan kebebasan anaknya itu.

“Saya memang ambil berat tentang pergaulannya kerana risau dia mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan.

“Semuanya demi kebaikan dan masa depannya tetapi mungkin dia rasa terkongkong serta tertekan. Sebagai seorang ibu, saya tidak mahu anak menjadi tidak tentu arah dan disebabkan itulah saya sentiasa mengawasinya,” katanya.

Satu laporan polis telah dibuat oleh keluarga berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, semalam dan bagi sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai gadis berkenaan boleh menghubungi Samsiah di talian 019-9491009.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.