PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Gadis berusia 19 tahun ditemui mati dengan kesan bengkak pada muka dan luka di betis di pangsapuri di Cheras Utama, Cheras.

Mayat mangsa ditemui di bilik dalam keadaan terlentang di atas lantai oleh polis yang tiba di pangsapuri selepas menerima maklumat, 5.10 petang semalam memetik Bernama.

Mayat gadis ditemui di lantai di Pangsapuri Cheras Utam

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin, berkata mangsa sebelum ini menetap bersama bekas teman lelakinya di rumah itu.

Bagaimanapun, katanya, mangsa keluar dari rumah itu berikutan berlaku perselisihan faham, Oktober lalu.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa kemudian pulang ke rumah lelaki itu, pada Rabu lalu, dalam keadaan bengkak di muka dan badan selain terdapat luka di kedua-dua betis.

“Lelaki itu ingin membawa mangsa ke hospital tetapi gadis itu menyatakan bahawa dia dikejar dan dipukul oleh teman lelakinya yang baru,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.