PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Warna merah digelar warna paling berani. Bukan semua orang mempunyai keberanian untuk menggayakan busana merah terang.

Warna merah dikatakan mampu menarik perhatian, seksi dan juga warna panas.

Menerusi hanasuva.com, kami senaraikan 11 selebriti yang cantik bergaya dalam busana merah sepanjang tahun ini.

Cantiknya 11 Selebriti Ini Tampil Dengan Busana Merah

1. Izara Aishah

Gambar 11 Selebriti yang Cantik Bergaya Dalam Busana Merah Tahun Ini

Cantik dan seksi Izara menggayakan gaun labuh merah terang di acara karpet merah Anugerah Industri Muzik 2015.

2. Nora Danish

Gambar 11 Selebriti yang Cantik Bergaya Dalam Busana Merah Tahun Ini

Gelaran ‘Hot Mama’ memang sesuai diberikan kepada pelakon jelita ini. Busana Inai Red merah terang ini memang sangat cantik digayakan oleh Nora.

3. Risteena

Gambar 11 Selebriti yang Cantik Bergaya Dalam Busana Merah Tahun Ini

Pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Playboy Itu Suami Aku’, tampil cantik dengan busana merah terang di Anugerah Drama Festival KL 2015.

4. Amyra Rosli

Gambar 11 Selebriti yang Cantik Bergaya Dalam Busana Merah Tahun Ini

Pelakon yang semakin meningkat naik dan terkenal menerusi drama ‘Suamiku Encik Sotong’, tampak cantik dan elegen dengan persalinan lace merah. Lain dari yang lain!

5. Siti Elizad

Gambar 11 Selebriti yang Cantik Bergaya Dalam Busana Merah Tahun Ini

Pelakon cantik ini tampil cukup anggun bersama busana merahnya. Cukup lengkap bersama pasangan serasinya dari drama ‘Teman Lelaki Upahan’.

6. Fatiya Latiff

Gambar 11 Selebriti yang Cantik Bergaya Dalam Busana Merah Tahun Ini

Pelakon berkulit gebu ini cukup jelita dengan persalinan merah hati sewaktu menghadiri pertunjukan Kuala Lumpur Fashion Week 2015.

7. Nur Fazura

Gambar 11 Selebriti yang Cantik Bergaya Dalam Busana Merah Tahun Ini

Pelakon pertama yang mempunyai racangan realitinya sendiri di E!, tampil cukup ayu dengan persalinan tradisional sewaktu menghadiri malam gala AIFFA 2015.

8. Scha Alyahya

Gambar 11 Selebriti yang Cantik Bergaya Dalam Busana Merah Tahun Ini

Ikon fesyen kegemaran ramai ini sentiasa tampil cantik. Persalinan merah yang cukup berbeza ini, cukup cantik digayakan oleh ibu kepada Lara Alana.

9. Neelofa

Gambar 11 Selebriti yang Cantik Bergaya Dalam Busana Merah Tahun Ini

Pelakon dan pengacara jelita ini semakin bijak berfesyen. Suit merah terang ini sangat sesuai dengan gaya muslimahnya.

10. Taylor Swift

Gambar 11 Selebriti yang Cantik Bergaya Dalam Busana Merah Tahun Ini

Ikon dan penyanyi kegemaran ramai ini sangat bijak dalam berfesyen. Apa sahaja yang digayakannya cukup cantik. Gaun merah yang digayakannya cukup sempurna.

11. Rosamund Pike

Gambar 11 Selebriti yang Cantik Bergaya Dalam Busana Merah Tahun Ini

Pelakon yang terkenal dengan filem ‘Gone Girl’ ini, tampil cukup menawan dengan busana merah hati sewaktu Anugerah Oscar 2015. Apa yang pasti, pasti semua yang hadir akan menumpukan perhatian kepada wanita jelita ini.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.