PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Hebat sungguh selebriti Malaysia melaram di majlis anjuran syarikat Dherbs Holdings Sdn Bhd yang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa, pada malam Sabtu.

Antara selebriti yang hadir pada malam gala tersebut ialah Fasha Sandha, Rebecca Nur Al-Islam, Norman Hakim, Memey, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Arja Lee, Datuk Shah Rezza, Datin Ziela Jalil, Faiz Dickie dan ramai lagi memetik Astro Gempak.

Malam Gala Fantasi anjuran Datuk Terlajak Laris Menyaksikan Kostum Menarik Dari Selebriti

Pengasas produk Pamoga, Datuk Seri Vida dan Chef Selebriti popular Chef Zam turut hadir memeriahkan majlis.

Pada majlis makan malam bertemakan Fantasi tersebut, antara yang menarik perhatian ialah pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang muncul dengan karakter Cleopatra dan Gladiator.

Pelakon Norman Hakim dan Memey juga tidak ketinggalan melaram dengan watak Roman Warrior dan Hijaber Roman Princess.

Sementara selebriti lain seperti Fasha Sandha dan Rebecca Nur Al-Islam masing-masing kelihatan comel dengan karakter Princess Elsa (Frozen) dan Maleficent.

Bagaimanapun tuan rumah Datuk Aliff Syukri dan isteri, Datin Nur Shahida Mohd Rashid tidak ketinggalan bergaya hebat malam semalam.

Majlis tersebut turut dijayakan pengacara Raja Azura dengan kostum Cleopatra dan Faizal Ismail muncul dengan gaya Kapten Jack Sparrow.

Kepada anda semua, Astro Gempak kongsikan beberapa keping foto beberapa selebriti yang hadir dengan gaya mereka yang sporting! Memang terlajak laris!

Gaya selebriti di Malam Gala Fantasi anjuran Datuk Aliff Syukri Terlajak Laris

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.