PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Nabil Ahmad sekali lagi menjadi tumpuan ekoran lawaknya yang sememangnya dikenali sebagai membahan orang ramai dan artis-artis.

Dalam rancangan Gegar Vaganza 2 minggu ketiga semalam, Nabil telah membuat lawak tentang M. Nasir dan isterinya Marlia Musa.

M. Nasir Sound Nabil Ahmad di Gegar Vaganza 2

Ini berlaku ketika giliran M.Nasir memberi komen kepada penyanyi Ezlynn. Ezlynn telah memanggil M. Nasir sebagai Hang Tuah dan kononnya Ezlynn sebagai Gusti Putri.

Kemudian Nabil mula membuat lawak tentang Marlia Musa yang kononnya jelous tetapi ditegur oleh Dato’ M. Nasir dengan berkata “jangan libatkan dia dalam hal ini”.

Orang ramai juga mengatakan Nabil agak over ketika itu. Apapun sebagai pengacara, Nabil dan Jihan sememangnya berusaha keras untuk menceriakan suasana Gegar Vaganza 2.

Yang pastinya, peminat puas hati melihat Nabil kena sound sebegitu rupa agar dia tidak lagi membuat lawak yang bakal membuat orang ramai marah.

Gegar Vaganza 2: Nabil Undang Kemarahan Akhirnya Termakan Sound M. Nasir

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.