PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Polis menemukan gigi, serpihan tulang, kasut dan pakaian dipercayai milik mangsa pembunuhan kejam oleh empat sekeluarga di sebuah bengkel kenderaan berat di Jalan Pahang di sini hari ini.

Baca artikel sebelum: Kes bunuh antara paling ngeri di Malaysia: Jiran dengar bunyi jeritan, bau seperti daging terbakar

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kesemua bahan bukti berkenaan dan juga perengkuh besi serta paip besi yang dipercayai digunakan sebagai senjata pembunuhan dijumpai ketika polis melakukan siasatan di lokasi kejadian.

Jelasnya, kesemua barang ber­kenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan Jabatan Kimia untuk bedah siasat dan analisis asid deoksiribonukleik (DNA) memetik Utusan Malaysia.

Hanya gigi dan serpihan tulang bukti kes pembunuhan kejam 4 beranak di Tapah
KERATAN Utusan Malaysia 3 dan 4 November 2015.

“Dalam siasatan yang dilakukan di tempat kejadian hari ini, beberapa barang lagi kita peroleh antaranya gigi, serpihan tulang, kasut dan pakaian.

“Setakat hari ini juga tiada tambahan mangsa yang terlibat atau tangkapan ke atas orang lain,” katanya.

Sementara itu, dua suspek utama kes pembunuhan dibawa ke lokasi kejadian oleh pihak polis hari ini.

Kedua-dua lelaki berkenaan tiba pada kira-kira pukul 10 pagi dengan menaiki sebuah van dan sebuah kereta polis.

Difahamkan kawasan carian di sekitar bengkel yang turut menempatkan rumah suspek, memberi tumpuan di bahagian stor dan sungai yang disyaki tempat suspek membuang bahan bukti.

Gigi dan serpihan tulang jadi bukti kes bunuh dan bakar dilakukan 4 beranak di Tapah

Dalam operasi hari ini, sebuah jengkaut dan Unit Anjing Pengesan (K9) turut dibawa ke lokasi kejadian bagi mengesan bukti di lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supe­rintenden Som Sak Din Keliaw tiba di lokasi sekitar pukul 12 tengah hari dengan menaiki kenderaan polis.

Kehadiran beliau dipercayai untuk meninjau perkembangan siasatan di sekitar kawasan tersebut.

Kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Som Sak dilihat meninggalkan pekarangan lokasi kejadian.

Usaha wartawan untuk mendapatkan kenyataan berhubung kes tersebut tidak berjaya apabila beliau enggan memberi sebarang komen dan segera meninggalkan lokasi kejadian.

Kedua-dua suspek dilihat dibawa keluar dari lokasi kejadian kira-kira pukul 2.20 petang, bagaimanapun mereka dibawa semula ke kawasan itu kira-kira pukul 3.30 petang.

Kedua-dua suspek kemudian dilihat memasuki dan menunjuk ke arah beberapa lokasi di sekitar kawasan bengkel, dipercayai ada kaitan dengan kegiatan jenayah mereka.

Jabatan Forensik mengambil masa kira-kira dua jam melakukan pemeriksaan di kawasan bengkel sebelum meninggalkan lokasi bersama-sama suspek pada pukul 5.30 petang.

(Update: Kes bunuh Tapah: Apa dilakukan suspek seperti binatang - Abang Mangsa)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.