PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Syarikat gergasi enjin carian terkenal, Google Inc. dikatakan akan mengumumkan tarikh perlancaran drone penghantar barang pada tahun 2017 nanti.

Projek yang dinamakan “Wing Project” ini bertujuan untuk memudahkan perhantaran barang yang dibeli atas talian selain mempercepatkan proses penghantaran.

Pengumuman ini dilakukan oleh ketua projek, David Vos, katanya pada percubaan pertama ia akan melibatkan perhantaran barang bagi produk yang dibeli di laman membeli belah atas talian Amzon dan Alibaba.

Drone Penghantar Barang Dijangka Bakal Diperkenalkan Oleh Google

“Matlamat kami adalah untuk memudahkan perniagaan komersial dan berjalan pada tahun 2017,” kata Vos dalam ucapannya pada konvensyen kawalan trafik udara yang diadakan di Washington.

Sehingga kini maklumat mengenai jenis drone yang bakal digunakan belum didedahkan oleh pihak Google, Vos hanya mendedahkan mengenai kertas kerja projek berkenaan yang telah pun dimulakan pada tahun 2014 lalu.

Beliau turut mendedahkan projek ini dijalankan di dalam Google-X yang merupakan makmal penyelidikan milik Google Inc.

Beberapa ujian telah pun dilakukan oleh ‘Wing Project’ dan pesawat drone yang bakal digunakan untuk menghantar barang telah dibina di Australia.

Laporan awal mencadangkan pesawat akan digunakan untuk bantuan bencana atau untuk menghantar bekalan perubatan yang amat diperlukan terutaman di kawasan yang terputus hubungan tetapi ia dilihat boleh dikomersialkan sebagai penghantar barang.

Drone yang dibina ini katanya lagi, boleh berlegar-legar beberapa meter dengan tanah bagi memudahkan perhantaran barang kepada pembeli.

Pihak Amazon telah memperincikan perkara ini untuk menggunakan pesawat penghantar barang dengan mencadangkan octocopters yang boleh membawa barangan seberat 2.3kg ke bawah selepas 30 minit transaksi dibuat.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.