PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Terserah kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengkaji dan mengambil tindakan jika merasakan penggunaan aplikasi Google Map dan Waze mengancam keselamatan negara.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jalani Johari berkata, setakat ini kerajaan tidak melihat sebarang masalah pada penggunaan kedua-dua aplikasi tersebut memetik Sinar Harian.

Benarkah Google Maps dan Waze Ancam Keselamatan Negara?

“Tidak harus dilihat teknologi digital ini sebagai satu masalah kerana ia adalah berkaitan ruang umum dan bukan ruang privasi selain memudahkan masyarakat.

“Penggunaan kedua-dua aplikasi itu adalah tertakluk kepada polisi privasi antara pemberi perkhidmatan dan pengguna,”katanya semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Raime Unggi (BN,  Tenom) yang meminta penjelasan bahawa rakyat terlalu bergantung kepada Google Map dan Waze bagi tujuan pencarian lokasi dan secara tidak langsung maklumat berkaitan Malaysia telah dibekalkan kepada pihak luar seperti Amerika Syarikat dan Israel.

Menurutnya, penggunaan aplikasi itu juga bukan satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Akta Peribadi 2010 yang telah di kuatkuasakan kementeriannya.

Namun, beliau berkata, kementeriannya bersedia memberikan kerjasama kepada MKN untuk membantu dan menasihati terutama membabitkan isu komunikasi.

Katanya lagi, semua pihak tidak harus melihat aplikasi tersebut sebagai penghalang bagi rakyat negara ini menikmati kemajuan teknologi.

“Tetapi yang paling penting dan menjadi kebimbangan ialah rakyat terlalu mudah mendedahkan maklumat peribadi mereka dalam alam maya. Rakyat perlu sentiasa berhati-hati,”katanya.

Kadar penembusan jalur lebar di negara ini pada tahap 72.2 peratus dengan 22 juta rakyat menggunakan Internet.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.