PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Hajat penyanyi Nizam Laksamana untuk menunaikan umrah tercapai apabila penaja utama program Gegar Vaganza (GV), menawarkan pakej menunaikan umrah kepadanya dan isteri selepas tersingkir dalam konsert GV semalam.

Pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida memberitahu hajat untuk memberikan hadiah tersebut adalah dari awal dan bukannya secara spontan memetik mediahiburan.my.

Dato Seri Vida hadiahkan pakej umrah kepada Nizam dan isteri

“Saya memang tahu Nizam memang berhasrat untuk pergi haji semasa peringkat pemilihan awal lalu.  Dan selepas itu saya memang selalu ikuti perkembangan dia.

“Saya juga dapat tahu yang setiap kali jika ada latihan dan hari kejadian, bila tiba waktu solat, dia yang akan jadi iman kepada artis-artis dan krew-krew.

“Jadi personaliti dia itu yang telah menyentuh hati saya. Saya berharap yang terbaik untuknya selepas dia pulang dari umrah nanti.  InsyaAllah,” jelas Datuk Seri Vida.

Sementara itu, Nizam yang terkejut dengan hadiah tersebut berkata, dia amat berterima kasih kepada Datuk Seri Vida kerana telah merealisasikan impiannya untuk menjejakkan kaki di tanah suci.

“Walaupun tersingkir namun saya telah diberikan rezeki yang lebih baik,” jelasnya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.