PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sebuah gambar dipercayai hantu penanggal yang mati kering akibat tidak dapat pulang kebadannya berjaya ditangkap.

Gambar tersebut turut menjadi tanda tanya kepada sebahagian orang, adakah penanggal atau yang lebih dikenali dengan balan-balan ini masih wujud?

Hantu Penanggal Ditangkap di Kota Belud, Sabah

Salah seorang pengguna facebook yang mungkin orang sabah menyumbangkan komen,

Ini btl nie bro kg kmi pn di sabah kurang sdh penanggal nya. . .tapi klu kota belud jgn ckp la. . .klu belum ckup ilmu di dada mulut jgn sabul nanti tdk psl2x dya dtng rmh kmu. Org yg kuat smangt jak yg leh tingl d kota belud.

Apapun gambar kongsian tersebut masih tidak diketahui keasliannya sama ada ia benar ataupun tidak. Dalam komen gambar tersebut seorang pengguna media sosial yang mengaku dirinya dari kota belud mengatakan,

erm sy sendiri org kota belud...stakat ni aku blum ada dengar la kes penanggal ni di sni lg...mgkin masa dulu ada kali la..tp tdk heran la,mna2 tmpt pun ada ni benda bila ada manusia terlampau taksub mengamal kn ilmu hitam..mgkin tmpt korang pun ada.

Sedikit tentang hantu penanggal atau balan-balan. Makhluk ini amat digeruni di sabah terutama di Kota Belud, kisahnya bermula dari seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam.

Mereka yang dikatakan menuntut ilmu ni mampu memisahkan kepala dari badan dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut yang terburai. Darah yang menitik dan kalau terkena pada sesiapa di katakan berbisa dan mampu menyebabkan kudis.

Hantu Penanggal Mati Kering Berjaya Ditangkap

Mereka yang mengamalkan ilmu ni juga dipercayai menyimpan cuka bagi tujuan memeram urat perut agar kecut sebelum dicantumkan kembali ke badan. Dicerita juga bahawa sekiranya ada orang yang terserempak dengan tubuh hantu ni kemudian di terbalikkan, hantu ini akan bercantum secara terbalik juga dengan kepalanya. Dengan itu rahsia hantu ni akan terbongkar.

Apapun kepercayaan kita harus percaya pada yang Satu, iatu Allah. Tiada kuasa yang mampu menandingi kuasa Allah jadi mohonlah perlindungan dariNya agar dijauhi dari gangguan syaitan, jin dan iblis.

Tonton video Hantu Penanggal berjaya ditangkap di bawah.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.