PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) telah menyenaraikan beberapa pemimpin Malaysia dalam senarai sasaran mereka kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya, beliau telah menerima laporan mengenai bagaimana kumpulan pengganas menyasarkan beberapa tokoh terkenal di negara ini memetik MStar.

ISIS sasar pemimpin Malaysia

“Saya mengesahkan bahawa ISIS mahu menyasarkan pemimpin kita termasuk saya sendiri tetapi ia tidak akan menakutkan kita atau menghalang kita daripada memerangi keganasan, bukan sahaja di negara ini tetapi juga di rantau ini.

“Maklumat atau ancaman daripada ISIS telah dibuat sebelum mesyuarat bersama Menteri-Menteri Pertahanan Asean yang diadakan di Langkawi pada Mac di mana semua 10 negara bersetuju untuk berusaha bersama dalam memerangi keganasan,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan Deepavali yang di Taman Sri Lambak di sini.

(Baca: Punca pemimpin Malaysia diancam IS didedah)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.