PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang wanita tempatan bernama Yang Hua di Ankang, wilayah Shaanxi mengadu kepada ahli-ahli keluarganya bahawa dia hairan tidak pernah mengalami haid sepanjang hidupnya.

Apabila mencecah usia 20 tahun pada tahun 2013, Yang ketika itu baharu menyedari bahawa beliau sebenarnya langsung tidak mempunyai rahim atau faraj sejak dilahirkan ke dunia.

Ibu sanggup derma rahim untuk anaknya

Setelah menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan bahawa Yang memang tidak mempunyai uterus dan vagina sejak bayi lagi, demikian menurut laporan beberapa akhbar tempatan.

Yang dan suaminya, yang sangat menginginkan seorang anak kemudian dinasihati oleh doktor dari Hospital Xijing, Xi’an di wilayah Shaanxi, supaya menjalani pemindahan rahim.

Ibu derma rahim untuk anaknya supaya boleh bersalin

Malangnya pembedahan pemindahan rahim amat jarang dilakukan oleh sebahagian besar doktor di seluruh dunia kerana risikonya yang cukup tinggi malah boleh membawa maut.

Kali pertama pembedahan sebegini dibuat ialah pada 2000 di Arab Saudi dan setahun kemudian di Turki dengan kedua-duanya gagal sebelum berjaya di Sweden pada akhir 2014 lalu.

Namun, doktor kemudian menyatakan bahawa pembedahan ke atas Yang boleh dilakukan dengan risiko yang rendah kerana mujur penderma rahimnya merupakan ibunya sendiri.

Ibu Yang yang berusia 43 tahun itu dilaporkan bersetuju apabila mendapat tahu bahawa beliau adalah pen derma rahim yang paling sesuai bagi diterima oleh si anaknya tersebut.

Ibu derma rahim untuk anaknya supaya boleh bersalin

Ini kerana beliau turut mahu Yang mempunyai tahap ‘kesuburan’ tersendiri pada masa akan datang dan memiliki anak seperti wanita berkeluarga lain yang sudah lama berkahwin.

Pada 20 November lalu, sepasukan 38 orang doktor pakar dengan bantuan sebuah mesin pembedahan khas berjaya menjalankan pemindahan rahim tersebut dalam masa 14 jam.

Menurut laporan media tempatan, Yang dan ibunya berada dalam keadaan baik dan pembedahan pemindahan itu merupakan yang pertama kali di China.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.