PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pelakon Ika Nabella yang bakatnya dicungkil menerusi Akademi Fantasia musim keenam dilaporkan dipukul oleh pengarah yang sedang mengarahkan drama Dawai Asmara lakonannya.

Drama berkenaan bakal disiarkan menerusi slot Azalea TV3.

Sumber berkata, kejadian berlaku siang tadi di set penggambaran di Hulu Kelang. Difahamkan Ika menjadi pelakon ketiga yang berdepan dengan situasi berkenaan, namun pelakon lain yang pernah dipukul pengarah sama hanya berdiam diri.

Ika dikatakan ditumbuk di bahagian muka dan badan secara bertubi-tubi memetik Berita Harian.

(Update: Penjelasan Pengarah Isu Tuduhan Pukul Ika Nabella)

Ika Nabella Kena Belasah Teruk Pengarah Drama

Difahamkan pengarah terbabit bertindak di luar kawalan itu kerana tidak dapat apa yang diinginkan daripada Ika Nabella.

Sumber itu berkata lagi, mulut Ika saat ini tidak dapat dibuka gara-gara akibat pukulan itu.

Dalam drama itu, Ika memegang watak utama. Ia bukan kali pertama Ika berlakon di bawah arahannya.

Usaha menghubungi Ika tidak berjaya. Namun dia hanya membalas ringkas menerusi aplikasi WhatsApp saat ditanya apakah benar dia dipukul pengarah itu seperti diceritakan sumber.

“Ya, saya memang dipukulnya,” katanya ringkas yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian berkenaan.

Difahamkan, Ika Nabella akan membuat laporan polis berkaitan kejadian itu esok.

Sementara itu, usaha menghubungi pengarah yang dimaksudkan tidak berjawab. Beberapa kali menghubunginya, akhirnya panggilan itu masuk ke dalam peti rakaman suara.

(Baca: Gosip panas Ika Nabella ditumbuk pengarah drama: Rosyam anggap tak patut berlaku)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.