PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Individu yang menyebar maklumat di laman sosial kononnya terdapat 10 pengebom berani mati di ibu kota dan Sabah sehingga menjadi viral baru-baru ini sudah dikenal pasti.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim berkata, pihaknya sudah mengesan individu menyebarkan maklumat berkenaan yang dipercayai bermula dari kawasan di Sabah memetik Harian Metro.

Individu sebar maklumat 10 pengebom berani mati di ibu kota dan sabah dikenal pasti
Individu sebar maklumat palsu dikenal pasti. MUHAMMAD Fuad ketika sidang media. FOTO Eizairi Shamsudin

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak memandang enteng sebarang bentuk ancaman sama ada dari dalam dan luar negara serta akan menyiasat ancaman terbabit seperti kes diviralkan itu.

“Walaupun siasatan awal mendapati sebaran itu mungkin untuk mengingatkan rakan-rakan pasukan keselamatan supaya berwaspada namun PDRM akan tetap melakukan siasatan lanjut dan mengambil tindakan seandainya disabitkan kesalahan,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai Majlis Pengurniaan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan PDRM Perlis, di sini, hari ini.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.