PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Menurut laporan sebuah portal antarabangsa, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menduduki tangga ke 11 dalam ranking gaji tertinggi pemimpin Asia pada hari ini.

Kajian yang dilakukan portal Listabuzz April lalu, Najib dikatakan memperoleh pendapatan secara sebanyak 75,775.2 USD (RM284,194.89) setahun.

Secara purata, perdana menteri keenam ini memperoleh pendapatan sebanyak RM 22, 826.65 setiap bulan.

Sementara itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menduduki tangga pertama memperoleh pendapatan secara bulanan RM508,250 (RM6,099,005 setahun).

Perdana Menteri Singapura itu bukan sahaja merupakan pemimpin yang mendapat gaji tertinggi di Asia, malah tertinggi di dunia.

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri

Gaji Perdana Menteri dan Menteri Kabinet Didedah

1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit untuk orang awam, tidak boleh didedah kepada orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dengan Akta Parlimen.

2. Elaun Keraian RM10,500.00 – tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit – pendedahan harus berhati-hati. Kebanyakan menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit tetapi tidak semua orang tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima samada sakit atau tidak bekerja.

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti ke luar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Jika tidak bercuti ke luar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyakRM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil eletrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapur/perhiasan rumah dan lain-lain boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dengan telefon bimbit, seorang driver, minyak percuma.

7. Semua pemberian derma seperti kepada majlis perkahwinan, kematian, atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri

1. Gaji Pokok RM15,000 – sulit untuk orang awam, tidak boleh didedah kepada orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dengan Akta Parlimen.

2. Elaun Keraian RM9,500.00 – tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00 – tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati. Kebanyakan menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket sendiri sajalah.

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Lain-lain hal

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain.
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber

OFFICER INCHARGE
Bahagian Kewangan
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya
Wilayah Persekutuan

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.