PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Undang-undang perkahwinan sejenis di Ireland mula berkuat kuasa hari ini, enam bulan selepas negara itu mengundi untuk membenarkan kesatuan gay, AFP melaporkan.

Menurut laporan itu, perkahwinan sama jantina yang telah didaftarkan di luar negeri akan segera diiktiraf di Ireland, manakala pasangan lain boleh mengemukakan hasrat untuk berkahwin memetik Astro Awani.

Ireland akhirnya benarkan perkahwinan sejenis
Ireland mula kuatkuasa undang-undang perkahwinan sejenis

“Sebelum ini saya rasa saya tidak mempunyai kebenaran untuk mengatakan kami telah berkahwin, tetapi mulai sekarang kami akan mengatakannya,” kata Vivian Cummins, 57, dari Dublin yang berkahwin dengan pasangannya Erney di Afrika Selatan pada tahun 2009.

“Saya tidak pernah mengakui sudah berkahwin kerana saya tidak berasa begitu pun di negara ini,” katanya kepada AFP.

Seramai 62.1 peratus telah mengundi untuk negara itu membenarkan perkahwinan antara dua individu “tanpa membezakan jantina mereka”  di Ireland pada Mei lalu.

Ia merupakan kali pertama perkahwinan sejenis disahkan melalui referendum.

Ia adalah satu perjalanan kempen yang panjang bagi golongan LGBT di negara itu yang terdiri dari penganut Kristian Katolik, di mana hukuman ke atas perbuatan homoseksual hanya dimansuhkan pada 1993.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.