PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Imej pelakon Hollywood, Jennifer Lawrence telah dikeluarkan dari poster The Hunger Games: Mockingjay (Part Two) di Israel.

Poster untuk filem itu telah ditapis supaya watak utama Katniss (Jennifer) tidak lagi muncul dalam mana-mana bahan promosi.

Punca imej Jennifer Lawrence, The Hunger Games ‘hilang’ dari poster di Israel
The Hunger Games: Imej Jennifer Lawrence ‘hilang’ dari poster di Israel

Memetik laporan Metro.co.uk, tindakan ini diambil diatas sebab vandalisme, kerana gambar-gambar itu dianggap ganas untuk memaparkan seorang wanita dalam keadaan sedemikian.

Yerusalem dan Bnei Brak adalah antara bandar bertanggungjawab memenyunting gambar Katniss dari poster The Hunger Games itu ekoran tindakan sekumpulan Yahudi menentang imej wanita dijadikan tontonan umum.

Menurut The Telegraph, imej ahli politik wanita, mangsa wanita holocaust dan juga aksesori wanita seperti beg tangan dan kasut telah dilarang di kebanyakan bandar di Israel.

Naib Presiden Nur Star Media, Liron Suissa, dalam satu temuramah dengan akhbar Israel Ynet: “Kita pernah menghadapi vandalisme yang tidak berkesudahan dan pelanggan memilih untuk tidak mengambil peluang. Kami membenarkan segala-galanya.Keputusan itu adalah berhak pelanggan.

Syarikat media Nur Star merupakan media yang bertanggungjawab mengendalikan promosi filem ini di Israel.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.