Header Ads

Loading...

Isteri curang ditikam suami di dada ketika di tempat kerja

Seorang lelaki bertindak nekad menikam isterinya dengan pisau selepas mengesyaki wanita terbabit curang dalam kejadian di salun kecantikan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.20 pagi, mangsa berusia 36 tahun yang juga pekerja salun cedera di dada dan lengan kiri sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth, di sini, untuk mendapatkan rawatan.

Menurut sumber, sebelum kejadian, suami mangsa berusia 50 tahun muncul di pusat salun dengan membawa beg plastik merah dipercayai mengandungi pisau memetik Harian Metro.

Isteri curang ditikam suami
MANGSA mendapat rawatan kecemasan selepas ditikam suami di salun kecantikan, semalam.

“Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum berlanjutan sehingga tolak-menolak.

“Melihat suami semakin hilang sabar, wanita terbabit melarikan diri dan cuba mendapatkan bantuan rakan sekerjanya,” katanya.
Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.