PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang peniaga gerai makanan terpaksa meringkuk di dalam lokap apabila direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pukul isterinya di rumah mereka di Jalan Segamat-Labis, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, wanita berusia 47 tahun itu cedera di muka, belakang badan dan kepala akibat dibelasah menggunakan pemegang penyapu lidi oleh suaminya yang berumur 48 tahun yang berang kerana mangsa lambat mengambil anaknya pulang dari sekolah memetik Harian Metro.

Suami belasah isteri kerana lambat datang kedai
Suspek (kanan) yang ditahan reman.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, suspek bertindak memukul isterinya selepas berlaku pertengkaran berhubung kelewatan wanita itu pulang selepas menjemput anak perempuan tunggal mereka di sekolah.
Katanya, mangsa sepatutnya membantu menguruskan gerai makan yang diusahakan pasangan berkenaan untuk memulakan operasi pada jam 5 petang, tetapi tidak muncul kerana berada di sekolah anaknya.

“Selepas beberapa jam menunggu di gerai yang mula didatangi pelanggan, suspek mula naik angin dan meninggalkan premis perniagaannya serta pulang ke rumah yang terletak tidak jauh dari situ.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.